Selasa, 19 Julai 2011

KEJAP JER ADLI DAH MASUK 9 BULAN

Pejam celik, pejam celik...lani Ameer Adli dah nak masuk 9 bulan dah. Lepas raya ni nak sambut hari lahir yang pertama. Sayang anak Papa dan Mama ni. Selama 9 bulan ni nyata Ameer Adli anak yang baik. Syukur sangat-sangat dapat anak macam Adli. Kaletahnya memang menghiburkan apatah lagi bila kita keletihan balik kerja kan. Dapat tengok dia senyum pun lega dah. Sejuk jer rasa hati ni.


Dari segi kesihatannya pula memang Adli ok. Demam-demam biasa tu adala. Biasala baby kan. Ibu bapalah yang kena peka pasal ni. Saya dan isteri memang sensitif kalau rasa tubuh Adli panas. Langkah-langkah awal akan kami ambil untuk cuba mengurangkan masalah panas badan beliau. Jika berlarutan (jangan tunggu lama sangat, tgk suhu badan dia dah lebih 38 darjah) terus bawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat yang berkenaan. Biasanya Adli demam tak lama, sehari jer selalunya.

Isnin, 7 Mac 2011

BABY CORNER | AMEER ADLI JOIN CONTEST BABYMANJA


Pepagi ni sekali lagi ammboi nak promote rakan-rakan blogger yang ammboi sayang (ayat baik punya) untuk vote Baby Adli dalam kontest pertama dia iaitu MALAYSIA ONLINE BABY CONTEST.  Ammboi bukannya mengharap sangat untuk menang pun, dan ammboi bukannya memaksa. Kalau korang sudi dipersilakanlah. Dan kalau menang, alhamdulillah. Hehehe..

Selasa, 22 Februari 2011

INI BLOG AMEER ADLI


Selamat Datang Ke Blog Adli

Kepada sesiapa yang sudi singgah terima kasih yer. Nanti Adli akan updatekan artikel terkini dalam blog ini. Terima kasih sekali lagi.