Selasa, 19 Julai 2011

KEJAP JER ADLI DAH MASUK 9 BULAN

Pejam celik, pejam celik...lani Ameer Adli dah nak masuk 9 bulan dah. Lepas raya ni nak sambut hari lahir yang pertama. Sayang anak Papa dan Mama ni. Selama 9 bulan ni nyata Ameer Adli anak yang baik. Syukur sangat-sangat dapat anak macam Adli. Kaletahnya memang menghiburkan apatah lagi bila kita keletihan balik kerja kan. Dapat tengok dia senyum pun lega dah. Sejuk jer rasa hati ni.


Dari segi kesihatannya pula memang Adli ok. Demam-demam biasa tu adala. Biasala baby kan. Ibu bapalah yang kena peka pasal ni. Saya dan isteri memang sensitif kalau rasa tubuh Adli panas. Langkah-langkah awal akan kami ambil untuk cuba mengurangkan masalah panas badan beliau. Jika berlarutan (jangan tunggu lama sangat, tgk suhu badan dia dah lebih 38 darjah) terus bawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat yang berkenaan. Biasanya Adli demam tak lama, sehari jer selalunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan